Ahad, 2 Ogos 2009

Ternakan Standby Keluar Meragut Rumput


Tengoklah tu tak sabar-sabar nak pergi meragut rumput. Tapi bukan semua kambing kita keluarkan untuk pergi meragut rumput, maklumlah ada banyak baka jenis Jamnapari/Ettawah, Kambing Kakjang, Kambing Kacukan, Kambing Boer dan Berbiri. Jadi kambing bunting, kambing betina yang ada anak-anak baru lahir kita tak lepaskan. Lagipun koboi kita tak pakai kuda...heeee...

Ternakan Meragut Rumput


Walaupun tiap-tiap hari kita beri ternakan kita makan Rumput Napier yang telah dimesin dan juga Pellet, kita akan lepaskan juga ternakan untuk meragut rumput. Lihat tu....macam-macam jenis rumput ternakan kita makan dan ini sedikit sebanyak mengurangkan kos makanan kambing pada setiap bulan... kalau tak buat macam ini, tahu-tahu je.. lah.....

Baka Jantan Barbados Blackbelly


Baka Jantan Barbados Blackbelly sangat aktif, tengoklah tu....... Semua yang ada dalam kandang kita semua anak Jantan Barbados Blackbelly ni. Jantan ini kita letak dalam kandang bersama-sama Berbiri Malin betina dan hasilnya kita dapat anak-anak Berbiri yang cantik dan sihat.

Rabu, 22 Julai 2009

Banyak dah anak-anak Jantan Fullblood Red Boer ini dalam kandang kami di Kg Kantan, Sg Tekali, Hulu Langat. Kalau ada yang berminat boleh hubungi kami ditalian 013-3805547/013-3532005

Semasa berada di Gua Kelam Perlis